BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 12, 2011

Peringkat Nafsu...:D

Nafsu merupakan sejenis alat yang dikurniakan kepada manusia adalah untuk kegunaan manusia dalam membuat pilihan, perilaku atau perbuatan , dan mempengaruhi sikap seseorang individu itu. Perlu difahami bahawa tidak adil dalam memandang nafsu itu sebagai sesuatu yang buruk atau negatif sahaja kerana ia turut memiliki sifat yang baik. Nafsu yang mulia akan membawa manusia kearah kebaikan dan kebajikan sedangkan nafsu yang hina akan membawa manusia kearah keburukan dan kerosakan. Nafsu yang positif harus di pelihara dan di' up-grade 'kan, manakala nafsu negatif harus dilontar jauh-jauh dan biarkan ia tenggelam. Difahamkan bahawa nafsu ini mempunyai 7 peringkat yang harus dinaik tarafkan agar alat itu menjadi lebih berguna kepada manusia. Peringkat-peringkat itu adalah :-

1. Nafsu Ammarah @ Tirani 
2. Nafsu Lawwamah @ Penuh Penyesalan 
3. Nafsu Mulhamah @ Terilham 
4. Nafsu Muthmainnah @ Tenteram 
5. Nafsu Radliyyah @ Redha 
6. Nafsu Mardliyyah @ Diredhai Tuhan 
7. Nafsu Kamilah @ Suci 

Peringkat-peringkat nafsu ini dapat dicapai dengan beribadah kepada tuhan secara berterusan dengan membaca dan mengikuti fitrah yang telah ditetapkan oleh tuhan. Berikut adalah ciri-ciri peringkat nafsu :- 

1.Nafsu Tirani Nafsu pertama yang harus ditakluki yang cenderung mengajak manusia kepada perkara negatif. Ciri-cirinya adalah seperti iri hati, dengki, takbur, pemarah, sombong dengan kemewahan dan mencari nama untuk kepentingan diri sendiri. 

2.Nafsu Penuh Penyesalan Ciri-cirinya adalah suka akan perbuatan baik tetapi masih lagi melakukan maksiat, suka membantah pada nilai-nilai positif dan suka menceritakan kebaikan diri sendiri agar dikagumi oleh orang lain. Sifatnya hampir sama dengan peringkat pertama namun ada perbezaan walaupun hanya sedikit. 

3.Nafsu Terilham Merupakan hasil positif dari penaklukan dua peringkat nafsu sebelumnya. Ciri-ciri positifnya adalah sabar, bersikap tenang, pemurah, merasa bersyukur dan suka mengajak orang lain untuk berbuat kebajikan serta beramal baik.

4.Nafsu Tenteram Nafsu yang memiliki ciri-ciri mulia seperti tawakal, murah hati, suka mensyukuri nikmat tuhan meskipun hanya sebahagian kecil atau sederhana dan sabar atas bencana. Impak positif dari nafsu peringkat ini adalah munculnya sifat-sifat arif bijaksana manusia. 

5.Nafsu Redha Dengan munculnya sifat-sifat kebijaksanaan maka seseorang itu akan dapat memanjat peringkat ke 5 ini. Ciri-ciri seseorang yang berada diperingkat nasfu ini adalah hidupnya diabdikan sepenuhnya hanya kepada tuhan, takut kepada tuhan bukan sebagai tuhan yang menyiksakan, tetapi kerana sifat Rahman dan Rahim-Nya 

6.Nafsu Diredhai Tuhan Peringkat dimana jiwa sentiasa dihiasi dengan kesucian, kemuliaan dan kesempurnaan. Baik perkataan mahupun perbuatan, semuanya diredhai tuhan kerana jiwa, hati, perasaan, gerak-geri, penglihatan, pendengaran, dan perjalanan hanya untuk-Nya. Pada peringkat ini, seseorang insyaalah dapat memiliki kehebatan dan keistimewaan luar biasa. 

7.Nafsu Suci Merupakan peringkat tertinggi dari segala peringkat nafsu. Nafsu ini hanya dimiliki oleh para rasul, nabi. Berdasarkan pengamatan saya, kebanyakkan manusia dapat melepasi peringkat nafsu sehingga peringkat ke-3 cuma kurang latihan dan fokus. Jadi, untuk mencapai ke peringkat ke-4, adakah susah? Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan impak positif sesama manusia dalam menempuhi kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini.

0 comments: